Sep 12, 2012

Enggan Berumahtangga Penangan Sihir Janda


Seorang pemuda yang dijadualkan bernikah pada 1 September lalu telah menghilangkan diri sebelum hari dia dan pasangannya menjadi suami isteri. Ibu bapa Harun Aris, 24, mendakwa bahawa anak lelaki bongsu mereka dari dua beradik terkena sihir kerana mengikut kata seorang janda yang berusia 40 tahun.


Bapanya, Aris Md Noor, 59, berkata beberapa hari menjelang perkahwinannya, Harun telah pergi ke rumah janda berkenaan tetapi dia berjaya membawanya pulang. Ketika dia mengeluarkan kereta dari garaj untuk menghantar Harun ke rumah kakaknya di Pulau Pinang, pemuda itu terus lesap.

Zainab Arop, 59, ibu kepada lelaki tersebut pula memaklumkan bahawa Harun pernah melarang dia mengedarkan kad jemputan kahwin antaranya dan Nur Mazera Mansor, 22. Namun, ketika itu ibunya tidak pula mengetahui bahawa anak lelakinya itu mahu melarikan diri.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan. Talian 012-4202791 boleh dihubungi jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang Harun Aris.

©Eriyza : Tolak dengan baik jika tidak bersetuju dengan pasangan pilihan keluarga.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.