Selera makan Roziana Mohamad, 29, terbantut gara-gara dia menemui cebisan dawai penyental periuk di dalam mi segera goreng yang dipesannya. Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Klang ketika dia makan bersama seorang rakannya.
Dia yang kerap ke restoran tersebut berikutan keenakan masakan lauk-pauknya tidak menyangka akan berdepan situasi seperti itu setelah suku jam menunggu hidangan disiapkan. Mangsa menegaskan bahawa dia tidak akan berkunjung lagi ke restoran berkenaan.
Tanpa membuang masa, dia terus menjamah dan menikmati hidangan, namun selera tersentap selepas menyedari benda asing di sebalik dalam mi tersebut.
“Selepas amati secara jelas saya dapati ia cebisan dawai penyental periuk yang termasuk ke dalam mi segera saya.
“Selera saya terhenti serta merta, saya tak nak mati sebab makan mi berulam besi. Saya tak mahu makan lagi, bimbang boleh membahayakan kesihatan saya,” dakwanya kepada Sinar Harian.
Melihat apa berlaku, rakannya turut memeriksa dalam mi segera goreng dimakan kerana bimbang perkara sama menimpanya.
“Bagaimanapun dia bernasib baik dan atas nasihat rakan, saya memaklumkan kepada pekerja restoran terbabit berkenaan kewujudan benda asing itu.
“Selepas dimaklumkan, pekerjanya dan pemilik restoran memohon maaf dan menggantikan makanan lain.
“Bagaimanapun pada awalnya saya akur namun khuatir insiden sama berulang, pemilik restoran tidak mengenakan sebarang bayaran kepada saya,” katanya.
Apa yang dikesalkan, Roziana berkata, dia khuatir pelanggan lain berdepan situasi yang sama sepertinya.
“Justeru itu, saya harap pemilik restoran dan tukang masak peka dengan perkara tersebut kerana ia membabitkan makanan yang dimakan pelanggan.
“Jika benda asing itu masuk ke tubuh pelanggan pastinya akan berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap kesihatan pelanggan. Jadi perkara ini harus dipandang serius,” katanya yang enggan lagi ke restoran berkenaan.
Petikan Sinar Harian
©Eriyza : Mi segera goreng memang enak dimakan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.