Sebuah lori tanah yang tidak diturunkan bahagian muatan belakang telah tersangkut di jejantas laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan Hattem Square dan Mahkota Prade di Melaka Raya, Melaka semalam. Pemandu lori yang berusia 20an tidak menyedari bahagian muatan belakang terangkat selepas menurunkan muatan tanah.
Lori tanah itu tersangkut ekoran gagal melepasi jejantas yang berketinggian 6.5 meter. Sebelum kejadian itu berlaku, beberapa pemandu kereta dan motosikal telah membunyikan hon untuk memberi makluman kepada pemandu lori terbabit tetapi mungkin dia tidak tahu hon itu sebagai amaran untuknya.
©Eriyza : Pernah tertinggal telur di atas bumbung kereta dan dihon oleh pemandu belakang. Mujurlah lelaki bermotosikal menghulurkan telur itu melalui tingkap.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.