Sep 25, 2012

Motosikal Penyek Dihempap Pam Minyak


Seorang lelaki cedera apabila Proton Iswara yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh sebuah pam minyak. Ekoran rempuhan kuat, pam minyak tersebut tumbang lalu menghempap sebuah motosikal. Kejadian itu berlaku di stesen minyak Alam Damai, Cheras pada pukul 8.30 pagi semalam.

Penunggang motosikal bernasib baik kerana ketika kemalangan itu terjadi, dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.

“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.

“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Petikan Harian Metro


Syabas kepada anggota bomba yang bertindak pantas sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

©Eriyza : Selalu isi minyak di Shell.


Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.