Sep 28, 2012

Pemuda Britain Kuat Ingatan


Jika penulis tanya anda, apakah warna baju yang anda pakai pada 28 September 2011?? Andai hari itu bukan hari istimewa dalam hidup anda, pasti anda gagal untuk mengingatinya, bukan?? Akan tetapi, berlainan pula bagi seorang mahasiswa Universiti Durham kerana dia boleh mengingat dengan jelas apa yang dilakukannya pada hari tersebut. Aurelien Hayman didapati mempunyai hyperthymesia iaitu kebolehan untuk mengingat apa yang berlaku walaupun sudah berlaku sedekad lalu.


Pemuda berusia 20 tahun menyedari dia mempunyai kebolehan tersebut ketika berusia 14 tahun. Dia bukan sahaja dapat mengingati warna baju yang dipakai, makanan yang diambil malah keadaan cuaca ketika itu.

Dia kemudiannya diuji dengan ditanya tentang tarikh 1 Oktober 2006. Dia memberitahu bahawa pada hari Ahad itu cuaca agak mendung, dia mendengar lagu We Were Young dendangan The Killers dan dia mengajak seorang gadis keluar tetapi pelawaannya ditolak.

Hanya 20 orang di dunia mempunyai hyperthymesia seperti Aurelien dan dia merupakan satu-satunya warga Britain yang dianugerahkan kebolehan itu. Bapanya Martyn, ibunya Dany dan kakaknya tidak mendapat kebolehan yang sama.

Namun, kebolehan luar biasa Aurelien yang menuntut dalam bidang Sastera Inggeris tidak dapat membantu pengajiannya di universiti.

©Eriyza : Tidak pernah lupa pada Bintang Malam.

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.