Sebuah restoran di Heng Bao Plaza, Guangzhou, China muncul dengan idea bernas apabila menggunakan iPad sebagai menu. Transformasi ini mendapat respon baik daripada pelanggan terutamanya golongan muda yang mendapati memesan makanan semakin mudah dengan menyentuh skrin.
Pengurus restoran berkenaan, Wang Hong berkata, mereka dapat menjimatkan wang untuk membayar gaji pelayan dengan adanya teknologi di hujung jari. Sehingga kini, 25 iPad sudah diletakkan di atas meja sebagai menu manakala selebihnya masih menggunakan khidmat pelayan. Mereka akan menambahnya pada masa akan datang.
Menurut seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Meng, dia dapat bermain permainan dan melayari laman sesawang sambil menunggu makanannya dihidangkan.
Bagi penulis, idea ini memang kreatif tetapi ia menjadi sasaran pencuri. Justeru, perlu pengawasan rapi agar ianya tetap selamat di atas meja.
©Eriyza : Belum beli iPad.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.