Selera dua sekawan yang sedang minum petang terbantut apabila salah seorang daripada mereka, Hainul Asida Suyarno, 29, menemui sehelai rambut melekat pada biskut yang sedang dimakan.
Mangsa mendakwa biskut itu dibeli di sebuah pasar raya di Raub, Pahang.
“Sudah menjadi kebiasaan saya bersama rakan sekerja menikmati makanan di tempat kerja kami di Kechau Tui.
“Namun, kelmarin kami dikejutkan dengan penemuan rambut dalam biskut yang dimakan menyebabkan selera kami terbantut apabila melihat rambut melekat pada biskut itu,” katanya di sini, semalam.
Hainul berkata, dia bersama rakannya kecewa dengan kejadian terbabit dan minta pengusaha kilang biskut terbabit mengutamakan kebersihan.
“Walaupun harga biskut yang saya beli ini tidak mahal namun pihak pengusaha kilang perlu menitikberatkan hal berkaitan kebersihan dan kualiti produk yang mereka keluarkan.
“Jenama biskut ini terkenal di seluruh negara dan saya adalah seorang pelanggan setia produk keluaran kilang itu namun kejadian seperti ini menyebabkan saya serik untuk beli produk dari kilang itu,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Pihak kilang seharusnya memeriksa dengan teliti setiap kepingan biskut yang dihasilkan sebelum dibungkus.
©Eriyza : Jarang makan biskut.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.