Sep 28, 2012

Remaja Dipecat Kerana Datang Cepat


Seorang remaja yang bekerja sambilan sebagai penghantar akhbar diberi amaran keras kerana memulakan kerja lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Tanpa mengira cuaca baik atau buruk, Sam Green-Jeffries konsisten memulakan tugasnya seawal pukul 6.45 pagi. Namun, Pejabat Tenaga Kerja Kanak-kanak menegaskan bahawa undang-undang hanya membenarkan remaja seperti Sam bekerja selepas pukul 7 pagi.


Menurut Sam, dia perlu menghantar akhbar pada awal pagi kerana perjalanannya sejauh 1365 batu dan memerlukan masa selama 30 minit untuk memastikan semua pelanggan mendapat akhbar. Jika dia memulakan kerja pada pukul 7 pagi, sudah tentu dia akan lewat ke sekolah.

Justeru, majikan Sam iaitu Vicky Onion yang mengusahakan Vicky’s Convenience Store di Bromsgrove, Worcestershire akan dikenakan tindakan undang-undang jika remaja itu terus bekerja 15 minit lebih awal.

©Eriyza : Selalu tengok kakitangan awam lepak lama di kedai dalam waktu kerja tetapi tidak pula dipecat. Kenapa??

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.