Sep 25, 2012

Telur Berbentuk Bulat


Cassie Greenhill, 32, dari Enfield di utara London, menyedari ada sesuatu yang unik pada sebiji telur yang ingin digunakannya untuk memasak apabila telur itu berbentuk bulat sepenuhnya. Justeru, Cassie memutuskan untuk menyimpan telur bulat tersebut dan menggoreng telur dadar menggunakan telur bujur yang lain.


Untuk rekod, warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. Pada tahun 2010, James Church iaitu seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall turut menemui telur bulat.

Menyedari keunikan telur bulat, Cassie melarang semua anggota keluarganya daripada memasak telur tersebut.

©Eriyza : Belum pernah menemui telur bulat.

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.