Sep 29, 2012

Wanita Didenda Kerana Tingkap Kereta Terbuka

>

Tara Ludvigson-Hill dari Nanaimo, Canada, menyangka ada orang bergurau dengannya apabila menerima kertas saman berjumlah $81 atas kesalahan membiarkan tingkap kereta terbuka. Sejak bertahun lalu, Tara parkir di tempat yang sama ketika bekerja dan membiarkan tingkap keretanya terbuka ketika cuaca panas, namun tiada sebarang saman diterima.

Dia tidak menyangka tindakannya itu menyalahi Seksyen 191 subseksyen 2 British Columbia Akta Motor Kenderaan yang menegaskan kereta mesti ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Bukan sahaja Tara, malah ramai lagi warga negara terbabit tidak mengetahui undang-undang itu. Tara bernasib baik apabila pegawai polis hanya memberi amaran kepadanya tanpa memungut wang saman.

©Eriyza : Tingkap kereta perlu diturunkan sedikit sewaktu cuaca panas tetapi janganlah sampai ianya mudah menjadi sasaran pencuri kenderaan.

Via : Yahoo


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.