Arpan Saxena yang berusia 4 tahun menjadi budak selebriti apabila wajahnya terpampang pada kain pemidang di bandar Bhopal kerana memiliki 25 jari. Kanak-kanak ini mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku iaitu Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan dan Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.
Arpan mempunyai 13 jari tangan dan 12 jari kaki. Menurut bapanya yang bekerja sebagai penarik beca, Anil Saxena, 35, ketika lahir anaknya mempunyai 26 jari tetapi salah satu jari tangannya terputus akibat cedera ketika bermain.
Ibunya pula Tanu, 30, tidak mahu anak lelakinya menjalani pembedahan membuang lebihan jari walaupun ramai pihak sedia memberikan bantuan ekoran selesa dengan penerimaan masyarakat terhadap anaknya. Lebih membimbangkan dirinya jika berlaku kesan buruk ke atas anaknya jika pembedahan dibuat.
©Eriyza : Hrithik Roshan juga memiliki lebihan jari pada ibu jari kanannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.