Seorang suri rumah yang berusia 20 tahun sanggup menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di Pasir Gudang semata-mata untuk bermain permainan video. Lebih teruk lagi, dia turut membawa anaknya yang berusia 3 tahun untuk 'menemaninya' bermain.
Dek kerana leka bermain, ibu muda tersebut tidak menghiraukan anaknya sehingga kanak-kanak itu yang kelaparan terpaksa mengutip sisa makanan termasuk makanan kucing. Menurut pengusaha pusat siber berkenaan, Raihan, 30, wanita dari Masai itu menjadi pelanggan tetap pusat sibernya sejak setahun lalu.
Wanita itu mengakui kanak-kanak itu anak tunggalnya dan selalu membawanya bersama ekoran kemaruk bermain permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumah.
©Eriyza : Sudah lama tidak ke pusat siber.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.