Oct 18, 2012

Guru Dipecat Kerana Budak Berparut


Seorang guru di Pusat Jagaan Silverdale telah menggunakan sejenis produk pembersihan untuk membersihkan tatu sementara yang ada di wajah Silas Gholston agar dia dapat mengambil gambar sekolah. Setelah berulangkali mengosoknya, tatu yang cuba dipadamkan telah meninggalkan kesan melecur dan menyebabkan kulit budak berusia 5 tahun itu berparut.


Ibu mangsa, Heidi Dietrich, dari Washington yang tiba ketika guru terbabit sedang membersihkan muka anaknya berang apabila mengetahui guru itu menggunakan bahan kimia tetapi tidak menggunakan sabun dan air.

Anaknya tidak dapat tidur pada waktu malam kerana sakit apabila pipi kanannya terkena bantal. Justeru, Heidi membuat laporan polis dan anaknya tidak lagi dihantar ke pusat jagaan itu. Pihak Pusat Jagaan Silverdale pula telah memecat guru berkenaan setelah kes disiasat.

©Eriyza : Taska Permata ada depan rumah.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.