Oct 4, 2012

Jutawan Hartanah Bayar Denda Wanita Berpurdah


Seorang ahli perniagaan hartanah muslim dari Paris, Perancis mengumumkan bahawa dia akan membayar denda yang dikenakan ke atas wanita berniqab yakni berpurdah. Rachid Nekkaz yang berusia 38 tahun telah membayar denda yang dikenakan sebanyak 50 euro seorang ke atas dua beradik pada 17 Ogos 2011 di Brussels, Belgium.

Dia juga bertekad untuk membayar semua denda yang dikenakan ke atas wanita berpurdah bukan sahaja di negaranya tetapi semua negara yang mengharamkan pemakaiannya.

Jutawan ini juga telah memperuntukkan wang berjumlah 1 juta euro untuk membiayai kos denda yang dikenakan ke atas setiap wanita Islam berpurdah.

©Eriyza : Ada sepupu yang memakai purdah.

Via : TheWeek


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.