Oct 30, 2012

Messi Layan Budak Cacat Main Bola Sepak


Pemain bola sepak tersohor kelab Barcelona, Lionel Messi pernah menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan sekaligus mencatat sejarah sebagai pemain pertama berbuat demikian dalam Liga UEFA Champions 2012. Justeru, Messi diminati oleh peminat bola sepak tempatan dan luar negara. Tidak terkecuali mengaguminya ialah budak kecil berusia 11 tahun, Gabriel Muniz.


Meskipun tidak mempunyai kaki, Gabriel mempunyai impian untuk bermain bola sepak bersama bintang pujaannya. Hasratnya tercapai apabila dijemput menghadiri kem latihan Barca di Rio De Janeiro.


Ternyata kanak-kanak itu gembira tatkala Messi sudi meluangkan masa sambil bermain bola sepak dengannya. Mungkin itu adalah 'hadiah' terindah untuk Gabriel sepanjang hidupnya.

©Eriyza : Salah seorang peminat tidak tegar Lionel Messi.


Via : NDJ World



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.