Oct 14, 2012

Nota Budak Lelaki Untuk Pencuri


William O'Brien yang berusia 7 tahun terlalu kecewa apabila trak mainannya yang berisi balang kaca diambil dek pencuri Rabu lalu. Justeru, dengan bantuan ibunya, Sam, 39, budak lelaki ini menulis nota untuk pencuri tersebut. Nota tersebut dipamerkan di hadapan rumah mereka di Pontefract, West Yorks agar dapat dibaca oleh pencuri terbabit dan juga jiran-jiran yang lain.

William yang baik hati telah membuat pelbagai kerja selama 6 minggu untuk mengumpul wang sebanyak £60 bagi membayar trak yang dia gunakan untuk membantu ayahnya, Keith, di taman dan juga mengumpul balang kaca yang akan digunakan pada perayaan Krismas.

Budak lelaki ini telah mengelilingi kawasan kejiranannya bagi mendapatkan balang kaca untuk projek amal yang mereka jalankan di utara Yorkshire dengan 100 kanak-kanak yang lain. Balang kaca itu akan digunakan untuk membuat tanglung kaca sebagai acara dalam perarakan Krismas.

©Eriyza : Alangkah bagusnya kalau semua budak serajin William.

Via : The Sun





0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.