Oct 11, 2012

Pemain Bola Rempuh Kedai Serbaneka


Pemain bola sepak Belgium yang bermain untuk pasukan Terek Grozny, Russia iaitu Jonathan Legear akan dihadapkan ke mahkamah dan dilarang memandu selama dua minggu ekoran kereta Porsche yang dipandunya merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Tongeren, Belgium.


Legear memandu laju melepasi pam minyak lalu melanggar sebuah skuter sebelum merempuh cermin kedai. Porschenya berhenti di hadapan mesin daftar tunai. Seorang pelanggan yang sedang berurusan di kaunter, Jeffrey Dewallef, mengalami kecederaan ringan di buku lali ketika melompat untuk mengelak kenderaan tersebut.


Kejadian pada hari Ahad, 7 Oktober 2012 pada pukul 5.30 pagi dirakam oleh kamera keselamatan. Ini bukan kemalangan pertama yang melibatkan Legear kerana pemuda berusia 25 tahun itu pernah merempuh sebuah rumah pada tahun 2009 dengan kereta BMW.


Jurucakap mahkamah, Michel Zegers berkata, Legear akan didakwa kerana melakukan serangan secara tidak sengaja dan memandu dalam keadaan mabuk. Legear yang bersedia menjalani hukuman menafikan dia berada dalam keadaan mabuk ketika insiden itu berlaku.

Pemilik kedai serbaneka mengganggarkan kerugian yang dialaminya antara 250,000 dan 300,000 euro.

©Eriyza : Harga barang di kedai serbaneka lebih mahal dari kedai runcit.

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.