Oct 27, 2012

Restoran Bantu Pekerja Bisu


Golongan bisu biasanya kurang diberi peluang untuk bekerja. Namun, sebuah restoran di Gaza, Palestin telah memberi tanggungjawab kepada golongan bisu untuk menggerakkan operasi restoran mereka.

Seramai 12 orang bisu telah diambil bekerja di Restoran Atfaluna yang terletak dekat dengan sebuah pelabuhan. Para pekerja itu akan berbicara dengan bahasa isyarat. Penubuhan restoran ini dibantu oleh Yayasan Drosos, Switzerland untuk membantu golongan bisu yang layak bekerja.


"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan kecuali ketika pekerja berkomunikasi,” kata seorang penyelia, Ayat Imtair.

Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan, Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.

Petikan Kosmo!


Syabas dan tahniah kepada Restoran Atfaluna kerana tidak memilih kasih dalam memberikan peluang pekerjaan.

©Eriyza : Selalu berurusan dengan pelanggan bisu.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.