Oct 26, 2012

Ustaz Kasanova Kena Dakwa


Beberapa hari lalu, penulis ada menulis topik tentang seorang suami yang mempunyai sebelas orang isteri. Kali ini, lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.


Lelaki yang berperwatakan alim tersebut dikenali sebagai Mohd Razis Ismail, 30, ditahan oleh sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi JAIS diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, pada pukul 1 pagi semalam.

Ketika disoal siasat, Razis menafikan dia mempunyai 11 orang isteri kerana hanya berkahwin sebanyak 9 kali. Dia berkahwin pada kali pertama ketika berusia 20 tahun. Sepanjang 10 tahun lalu, dia telah berkahwin 8 kali dan 6 daripada isterinya telah pun diceraikan. Malah, dia kini dalam proses untuk menceraikan isteri ke-7.

Razis turut mengakui telah menikahi isteri yang ke-9 pada 31 Ogos 2012 dan wanita itu juga sudah meminta dilepaskan. Alasan utama dia sering kahwin cerai banyak kali ialah dia gagal mencari isteri idaman seperti yang dikehendakinya. Ekoran berkahwin banyka kali, Razis tidak dapat mengingati dengan jelas maklumat peribadi semua bekas isterinya.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang pada pukul 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

©Eriyza : Simpati pada gadis yang menjadi mangsa 'ustaz kasanova' ini.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.