Seorang remaja berusia 14 tahun dari Nanjing, ibu kota wilayah Jiangsu di timur China bertindak biadap apabila menampar dan menyepak ayahnya berulangkali tanpa belas kasihan. Timbul tanda tanya di hati masyarakat dunia mengapa si ayah hanya membiarkan perlakuan si anak tanpa mempertahankan dirinya.
Remaja berkenaan, Xiaojin tinggal bersama datuk neneknya sejak kecil setelah ibu bapanya bercerai. Namun, baru-baru ini ayahnya telah menang hak jagaan ke atasnya. Xiaojin mendakwa ayahnya sering memukulnya ketika mabuk. Malah, dia juga dipaksa ke tempat kerja ayahnya dan menunggu sehingga kerja ayahnya selesai.
Namun, ayahnya pula memberitahu bahawa dia hanya memukul anak gadisnya 2 kali untuk memberi pengajaran kerana Xiaojin berkawan dengan budak yang nakal sehingga akhlaknya turut berubah.
September lalu, Xiaojin melarikan diri. Setelah menemuinya bekerja di sebuah hotel, ayahnya memanggil anggota polis untuk membantunya membawa gadis berkenaan pulang. Ketika itulah, dia ditampar oleh anaknya yang enggan balik. Setelah puas memujuk, ayah malang itu memberi jaminan bahawa Xiaojin akan diberi lebih banyak masa untuk diri sendiri di masa hadapan dan elaun untuk membiayai pelajarannya.
©Eriyza : Jangan derhaka kepada ibu bapa.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.