Dek kerana marah apabila hubungan cintanya tidak kesampaian, seorang pemuda berusia 22 tahun tergamak membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park, Tapah. Cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipercayai dipecahkan lalu dicurahkan minyak petrol sebelum dibakar.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam di hadapan rumah teres setingkat itu menyaksikan kerugian yang bukan sedikit. Suspek yang merupakan bekas teman lelaki kepada gadis kilang yang berusia 19 tahun telah dicekup polis.
Suspek dan mangsa menjalin hubungan cinta selama 2 tahun sebelum berpisah sejak 6 bulan lalu. Lebih malang lagi, hubungan kedua-dua keluarga juga berantakan rentetan perpisahan mereka kerana pasangan itu adalah sepupu.
©Eriyza : Belum kahwin sudah bertindak ganas, memang wajar gadis berkenaan meninggalkannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.