Penjaga gol kebangsaan Malaysia yang sensasi, Khairul Fahmi Che Mat (Apek)telah mengadakan sidang akhbar untuk memaklumkan kepada umum tarikh pernikahannnya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) pada hari Rabu, 21 November 2012. Berlokasi di Hotel Royale Bintang, Apek menjelaskan bahawa dia memilih Leuniey sebagai pelengkap hidupnya kerana kematangan gadis tersebut.
Apek ♥ Liuniey mulai mejalin hubungan cinta yang serius setelah sama-sama berlakon iklan produk kecantikan SimplySiti.
Apek, 23, berkata, tempoh perkenalan singkat antara mereka bukan penghalang kerana wanita berusia 21 tahun itu memahami dirinya.
"Memang tempoh perkenalan kami singkat tetapi dia matang dan memahami diri saya dan karier bola sepak saya.
"Jadual bola sepak saya padat dan tidak dapat selalu bersama tetapi dia memahami betapa penting karier saya. Itu yang buat saya tertarik," katanya.
Berikut adalah jadual perancangan untuk pernikahan dan perkahwinan Khairul Fahmi ♥ Nur Eilunie Natasha :-
28/12/2012 - Majlis Pernikahan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
30/12/2012 - Majlis Resepsi Perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu
05/01/2013 - Majlis Resepsi Lelaki di Kampung Chenang, Kota Bharu
13/01/2013 - Majlis Resepsi Umum di Hotel Royale Bintang, Damansara
Ditanya mengenai tarikh dia melamar pengusaha butik pengantin dan andaman itu, Apek berkata, ia diadakan pada Oktober lalu menerusi majlis makan malam di antara kedua belah keluarga.
"Saya tidak ingat tarikh tertentu bila saya melamar Leuniey. Ia berlangsung secara santai pada Oktober lalu ketika kedua belah keluarga makan malam.
"Tiada majlis pun cuma makan malam di kalangan keluarga sahaja," katanya.
Pendedahan mengenai wanita yang bertakhta di hati Apek diharapkan dapat memadamkan semua kontroversi dengan beberapa orang wanita yang pernah dikaitkan dengannya.
©Eriyza : Akhirnya Khairul Fahmi menemui teman hidupnya yang sebenar setelah melalui episod cinta dan pertunangan yang tidak kesampaian.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.