Nov 15, 2012

Isteri Langgar Suami Tidak Mengundi


Masyarakat dunia mengetahui bahawa Barack Obama dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat pada pilihanraya yang berlangsung pada minggu lalu. Namun, seorang wanita dari Arizona berpendapat hidup keluarganya akan susah di bawah pentadbiran Presiden dari Parti Demokratik itu.


Atas alasan itu, Holly Solomon, 28, naik berang apabila suaminya, Daniel Solomon, 36, enggan mengundi pada pilihanraya tersebut. Justeru, Holly 'menghukum' suaminya dengan melanggar lelaki itu pada hari Sabtu lalu.

Saksi memberitahu bahawa pasangan itu bergaduh di lot parkir berdekatan rumah mereka di Gilbert, Arizona. Daniel keluar dari kereta dan Holly menjerit memarahinya. Lelaki itu kemudiannya berjalan tetapi isterinya memandu mengelilinginya dalam bentuk bulatan.

Sewaktu Daniel cuba berlindung di sebalik tiang lampu, Holly terus melanggarnya. Daniel dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal tetapi dijangka selamat. Polis berkata wanita yang sedang mengandung 6 bulan itu tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian itu berlaku.

©Eriyza : Sememangnya Mitt Romney menang di Arizona tetapi kalau Daniel Solomon keluar mengundi Mitt Romney pada pilihanraya berkenaan sekali pun, Barack Obama tetap muncul sebagai Presiden kerana jumlah undi jauh berbeza.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.