Nov 29, 2012

Jamak Solat Kerana Belajar


Soalan:

Saya seorang pelajar IPTA yang sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk mendirikan solat dalam waktunya. Bolehkah saya mendirikan solat Zohor dalam waktu Asar dan sebaliknya?

Ani, Kelantan.

Jawapan:

Solat hendaklah didirikan dalam waktu yang ditetapkan. Namun jika menghadapi kesukaran umpama kesibukan belajar, kesibukan bekerja, tersangkut dalam kesesakan lalulintas, keletihan, sakit dan sebab-sebab lain yang munasabah, dibolehkan menjamakkannya. Iaitu mendirikan solat Zohor bersama solat Asar (4+4=8 rakaat)dalam waktu Zohor (jamak taqdim) atau mendirikan solat Zohor bersamasolat Asar (4+4=8 rakaat) dalam waktu Asar (jamak takhir). Solat didirikan dalam bentuk yang sempurna (4 rakaat) dan bukan qasar (2 rakaat). Qasar hanya dibolehkan ketika musafir.

Rasulullah SAW sendiri pernah menjamakkan solat Zohor dan Asar serta menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa dalam suasana ketakutan atau musafir. Ini bagi menunjukkan kemudahan Islam kepada umatnya [Shahih Muslim, no: 705]

©Eriyza : Pernah solat akhir waktu.

Via : Hafiz Firdaus



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.