Nov 13, 2012

Pelancaran Talian Aduan Kerajaan


Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif mewujudkan talian aduan khusus untuk rakyat mengemukakan sebarang kesulitan yang mereka hadapi. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang membenarkan orang ramai mengajukan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Pusat Panggilan 1Malaysia akan beroperasi selama 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum. Ini akan memudahkan rakyat berkongsi masalah dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah menerusi satu nombor rasmi.


"Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat.

"Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel.

1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.

Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.

Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum.

"Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan," katanya.

Petikan Kosmo!


Orang ramai harus menggunakan talian aduan ini jika ada kemusykilan tentang sesuatu perkara. Akan tetapi, jangan pula mendail nombor berkenaan untuk berkenalan dengan operatornya.

©Eriyza : Suka telefon talian 100.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.