Nov 9, 2012

Rumah Kena Roboh


Hanya titisan air mata mampu dizahirkan oleh Mariam Tahir, 72, apabila menyaksikan sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Pada pukul 9.30 pagi, bahagian hadapan rumah pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguatkuasa MPPP ketika warga emas berkenaan keluar ke pasar ekoran dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.


Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.

"Jika saya salah sekalipun, pihak MPPP sepatutnya hantar notis dahulu tetapi saya terima sekali sahaja notis (berhubung kesalahan itu) kira-kira dua tahun yang lalu dan bukannya surat untuk meroboh.

"Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi, malah pagi tadi (semalam) pegawai MPPP datang dengan tangan kosong dan terus meroboh," ujarnya dengan nada sedih kepada pemberita.

Rumah papan itu merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya, Haslina Hashim yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berteduh.

Apa yang menghairankan, bahagian hadapan rumah warga emas itu sahaja yang dirobohkan manakala rumah-rumah lain di kawasan sama yang dibina struktur tambahan langsung tidak diusik penguat kuasa MPPP.

Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

"Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Fauzar kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana meroboh rumah penduduk miskin.

"Banyak lagi rumah yang bina struktur baharu di bahagian hadapan atau belakang tetapi mengapa rumah ini sahaja dirobohkan. Kita mahu MPPP baiki semula kerosakan rumah warga emas itu," tegasnya.

Petikan Kosmo!


Pihak MPPP sepatutnya bertindak adil dan saksama dalam kes sebegini. Mengapa hanya rumah nenek Mariam dirobohkan walhal kediaman lain yang dibina secara haram tidak pula dimusnahkan??

©Eriyza : Pernah melihat rumah diroboh tanpa belas kasihan ekoran perebutan tanah antara adik-beradik.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.