Soalan:
Apakah hukum, dalam keadaan marah kita melafazkan sumpah dengan nama Allah?
Majidah Ahmad, Baling, Kedah.
Jawapan:
Sumpah dalam keadaan marah termasuk dalam kategori sumpah yang tidak disengajakan. Ini kerana ketika marah, seseorang itu jarang-jarang dapat memikirkan kewarasan ucapan atau tindak-tanduknya. Dalam kes seperti ini sumpah tersebut tidak diambil kira dan tiada apa-apa hukuman dikenakan. Allah berfirman:
“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.” [Surah al-Maidah, ayat 89]
©Eriyza : Tidak suka bermain sumpah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.