Nov 8, 2012

Surirumah Curi Barang Kemas


Seorang surirumah berusia 24 tahun bakal berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM4,000 di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu. Tertuduh, Erni Zuryantie Ismail, mengaku salah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi atas dakwaan mencuri seutas rantai leher emas berloket permata berlian bernilai RM2,500 yang dimiliki oleh Mariam Muda, 68.

Erni didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kampung Banggol Mengabang Telipot pada pukul 10.20 pagi bertarikh 18 Januari 2011 ketika berada di beranda rumah mangsa dengan memberitahu bahawa ada ulat di lehernya.


Tertuduh menawarkan diri membantu membuangnya dan mangsa meminta menggunakan sikat sahaja tetapi tertuduh enggan dan berkeras mahu menggunakan tangannya sahaja sambil mengarahkan mangsa berdiri di tepi pagar rumah.

Warga emas malang itu tidak mengesyaki apa-apa dan hanya mengikut sahaja arahannya walaupun masa yang diambil agak lama iaitu kira-kira 15 minit, sebelum menyedari rantai lehernya tiada.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, di sini dan hasil siasatan rantai berkenaan telah dijual kepada seorang lelaki di Lorong Bandar Kota Baharu, Kelantan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Erni Zuryantie didakwa di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Petikan Sinar Harian


Jika kesempitan wang sekali pun, jangan mencuri. Cubalah mengambil upah dengan melakukan apa-apa kerja yang halal.

©Eriyza : Tidak suka pakai rantai.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.