Dec 22, 2012

Angin Dipam Dalam Badan


Niat 2 orang pemuda hanya mahu bergurau dengan rakan sekerja mereka tetapi ianya bertukar menjadi igauan ngeri apabila lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah. Remaja berusia 13 tahun, Du Chuanwang, hampir maut apabila pam angin dimasukkan ke dalam duburnya.


Mangsa dari Shandong di pantai timur China, mengalami kecederaan yang teruk di hati, buah pinggang dan perut. Ketika remaja berkenaan sedang bekerja di bengkel di Xiajin, Dezhou, dia telah 'diserang' oleh dua orang rakannya itu.

Akibat 'tembakan pam angin', mangsa koma selama seminggu di hospital. Doktor terpaksa membedah perutnya untuk mengeluarkan angin. Oleh kerana kecederaannya agak teruk, dia dipindahkan ke hospital lain yang lebih lengkap peralatannya.

Sementara itu, 2 pelaku tragedi pada 30 Jun 2012 itu telah ditahan polis. Mereka berusia 20 dan 27 tahun dan hanya dikenali sebagai Chen dan Zhao.

©Eriyza : Selalu pam tayar kenderaan di bengkel kereta.

Via : ChinaHush



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.