Atas kesalahan yang tidak diketahui, seorang budak lelaki dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa tirinya. Lelaki tersebut yang bekerja sebagai mekanik ditahan polis di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin.
Video perlakuan mekanik tersebut yang memukul, menendang malah menghempas anak kecil berusia 3 tahun berlegar di Facebook sejak beberapa hari lalu. Rakaman tersebut disaksikan oleh jirannya lalu membuat aduan di balai polis berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang kelmarin.
Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian.
Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.
"Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut," katanya, semalam.
Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa.
"Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Petikan Sinar Harian
Siasatan awal polis mendapati bahawa video penderaan berkenaan dirakamkan oleh isteri pertama suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube.
©Eriyza : Wajar bapa tirinya pula dihukum sama seperti perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.