Shafie Sulaiman, 16, yang sedang mandi-manda di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, berlari naik ke pantai sejurus disengat ampai-ampai. Sengatan itu menyebabkan bengkak dan cedera di seluruh badannya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 11.50 pagi apabila mangsa tiba-tiba berasa belakang badannya seperti terkena renjatan elektrik.
Shafie berkata, ketika dia berguling-guling di atas pasir menahan kesakitan, anggota menara penyelamat pantai bergegas berlari ke arahnya sambil cuba menenangkan keadaan.
“Seluruh badan saya sudah mula rasa gatal dan membengkak sebelum terasa sesak nafas hingga tak boleh menjerit untuk dapatkan bantuan kecemasan.
“Anggota JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) penyelamat pantai membaringkan saya di atas pasir dan terus melumurkan losen khas ke seluruh bahagian badan. Ia membuatkan saya rasa sedikit lega, namun pedihnya masih terasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menara Penyelamat Pantai JPAM, Mohd Hairil Md Nasir ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, beliau bersama lima lagi anggota mendekati mangsa yang menggelupur sebelum merawat mangsa.
“Langkah pertama kami tenangkan mangsa yang menjerit menahan kepedihan terkena sengatan sebelum melumur losen calamine di seluruh tubuh mangsa sambil menepuk perlahan.
“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merawat mangsa yang kesakitan sehingga bengkak yang dialami sedikit reda dan mangsa memberitahu mampu bergerak serta berjalan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pengunjung pantai supaya berhati-hati ketika bermandi-manda walaupun di tepi pantai kerana ampai-ampai boleh menyengat bila-bila masa.
“Kebiasaannya ampai-ampai akan muncul banyak di permukaan air laut pada musim melanggai udang geragau dan mengikut arah kemunculan angin barat serta selatan yang dibimbangi mengancam keselamatan pengunjung pantai,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Pastikan keselamatan anda dan keluarga terjamin ketika berada di kawasan pantai terutamanya ketika musim tengkujuh.
©Eriyza : Tidak pernah melihat ampai-ampai di depan mata.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.