Dec 5, 2012

Gadis Mengamuk Diugut Perompak


Demi mempertahankan maruahnya, seorang gadis nekad mengejar seorang lelaki sejauh 100 meter setelah lelaki itu mengugut mahu merogolnya selepas merompak neneknya. Dia yang mengejar dengan sebilah parang telah menyebabkan perompak itu lari lintang-pukang.


Kejadian pada pukul 8 malam hari Sabtu lalu itu berlaku di Kampung SC Belt, Labu Kubong, ketika Che Pah Mat Isa, 74, dan cucunya, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, sedang bersiap untuk menunaikan solat Isyak.

Perompak itu muncul lalu melibaskan parang ke arah warga emas itu sehingga jarinya cedera. Melihatkan adegan cemas itu, cucunya melawan perompak terbabit untuk menyelamatkan neneknya.

©Eriyza : Wanita jadi berani bila cemas.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.