Dec 24, 2012

Hanya Satu Murid Dalam Satu Sekolah


Jika sekolah di Malaysia mempunyai ratusan orang murid setiap tahun, lain pula ceritanya dengan sebuah sekolah di Xianyou, wilayah Fujian, tenggara China. Sekolah rendah ini hanya mempunyai seorang murid dan dua orang guru.


Sekolah ini tidaklah mempunyai rekod buruk bahkan bangunan setinggi 3 tingkat dengan 24 buah bilik darjah baru dibina pada tahun 2005. Dua tahun lepas pelajarnya berjumlah 80 orang dan berkurang kepada 17 orang pada tahun 2011.

Kini, hanya tinggal Hu Yang seorang yang mencari ilmu di sekolah ini. Kesemua pelajar lain telah berpindah mengikut orang tua mereka mencari rezeki di bandar. Menurut salah seorang gurunya, Zheng Zhixiong, walaupun belajar sendirian, Hu Yang tetap dididik mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

©Eriyza : Pernah mengajar seorang saja budak dalam kelas.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.