Dec 14, 2012

Noelle Joy Lahir Pada 12 Disember


Seorang bayi perempuan menjengah dunia pada pukul 12:12 pada 12/12/12 setelah ibunya mengambil masa selama 12 jam untuk melahirkannya. Bayi berkenaan diberi nama Noelle Joy Klinker.


Bayi perempuan itu dilahirkan pada Rabu lalu dengan berat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi. Noelle Joy adalah anak kepada pasangan Joe Klinker ♥ Colleen Klinker telah dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts, Boston.


Joe, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat menyifatkan kehadiran Noelle Joy sebagai rahmat setelah anaknya, Melody, meninggal dunia sewaktu dilahirkan pada Oktober 2011. Pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 5 tahun, Gracie.

©Eriyza : Bayi siapa yang lahir di Malaysia pada pukul 12:12 pada 12/12/12??

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.