Remaja berusia 14 tahun, Bethany Adcock meninggal dunia pada November 2011 selepas menyedut 'asap' daripada deodoran di hadapan rakan di dalam biliknya. Mangsa percaya dia boleh menjadi lebih tinggi dengan berbuat demikian.
Bethany dari Sheffield, South Yorkshire merupakan salah seorang daripada enam gadis di Sekolah Meadowhead yang telah bereksperimen dengan perbuatan gila tersebut.
Mahkamah Koroner Sheffield dimaklumkan pada Rabu lalu bahawa ketika kejadian itu berlaku, mangsa telah menghidu 'asap' tersebut selama kira-kira 25 minit sebelum jatuh di atas katilnya lalu bergolek ke lantai.
Walaupun telah diberi amaran oleh rakannya perbuatan itu boleh membawa maut, tetapi Bethany mendakwa dia telah melakukannya 2 kali sebelum itu. Malah, gadis-gadis lain juga telah melakukannya dengan kerap.
Seorang gadis lain telah mengajar Bethany sebulan sebelum hari kematiannya bahawa dia akan menjadi lebih tinggi jika menyedut 'asap' deodoran.
©Eriyza : Remaja mudah terpengaruh dengan pelakuan rakan sebaya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.