Jan 19, 2013

Aplikasi IPhone Remaja Malaysia Diiktiraf Apple


Remaja dari Malaysia, Syed Muhammad Syed Abdullah, 17, menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila salah satu mainan ciptaannya untuk iPhone diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia.

Remaja ini yang lebih mesra dipanggil Habib Al-Attas mencipta 5 aplikasi untuk syarikat telekomunikasi Apple tetapi Crazy Ball olahannya menjadi kegemaran pengguna dari 30 negara.


Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.

Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.

Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.

Petikan Harian Metro


Pencapaiannya yang membanggakan itu telah mendorong syarikat Apple dari Amerika Syarikat menghubunginya untuk 'berunding' tentang kepakarannya.

©Eriyza : Semoga adik Habib terus 'bersinar' dalam industri telekomunikasi.

Via : Harian Metro


1 Comment

AMD Fri Feb 08, 04:08:00 PM

wartawan Harian Metro yg tulis ni agaknya tak paham how all this thing works. Kat suratkabar mana ntah ada ke dia tulis Apple "BELI" game ni. Kat sini lak dia tulis budak ni buat game ni "untuk syarikat Apple". Apa kebodoh sgt la wartawan2 malaysia ni gaknye. Tulis tu biarlah paham kan betul2, jgn wat malu diri sendiri.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.