Jan 21, 2013

Kambing Murah Untuk Akikah


Sempena sambutan Maulidur Rasul minggu ini, penternak kambing merangkap Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty telah menawarkan harga RM1 bagi seekor kambing untuk tujuan akikah khusus bagi bayi yang lahir di hospital awam seluruh Johor pada Khamis ini.

Menurutnya lagi, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan sahaja. Mereka hanya perlu membawa sijil kelahiran anak yang lahir pada 24 Januari 2013 ke pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.


“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.

“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.

“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.

“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.

Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.

Petikan Harian Metro


Syabas kepada pengurusan Osman Goat Farm kerana memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk melakukan urusan akikah anak mereka.

©Eriyza : Sudah diakikahkan oleh ibu dan bapa.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.