Jan 23, 2013

Kereta Dipandu Dek Hantu


Di suatu pagi yang hening, sebuah kereta memasuki kawasan yang mempunyai parking berbayar. Sebaik penjaga parkir bangun untuk menerima bayaran, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kenderaan itu bergerak sendirian tanpa pemandu.


Tidak lama kemudian, muncul hantu wanita berambut panjang di atas bumbung kereta tersebut. Tanpa menunggu lama, si penjaga parkir lari lintang-pukang dek ketakutan. Sebenarnya 'hantu' berkenaan adalah pemilik kereta itu yang enggan membayar parkir.


Wanita terbabit kemudiannya meluru ke tempat parkir lalu mengangkat palang untuk membolehkannya masuk ke kawasan itu tanpa sebarang bayaran.

©Eriyza : Mahu kereta boleh bergerak sendiri juga macam Knight Rider.

Via : ChinaSmack

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.