Jan 26, 2013

Kereta Terbabas Dalam Sungai Berais


Sepasang suami isteri memandu dua buah kereta untuk menghantar anak-anak mereka ke sekooah yang berbeza. Malangnya, akibat keadaan jalan yang licin, kenderaan mereka gagal dikawal lalu kedua-duanya terbabas dan terjunam ke dalam sungai berais dalam tempoh masa berselang beberapa minit sahaja.

Nahas yang berlaku kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka di Blackwell Mill, Buxton itu meragut nyawa David Cox, 42, walaupun cuba diselamatkan oleh isterinya, Ruth Cox, 39 dan orang awam.


Kedua-dua anak mereka, Ioan, 9, dan Tess, 11, terselamat setelah berenang ke tebing. Ioan berlari kira-kira satu setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan. David dikatakan pengsan di tempat kejadian. Dia hanya mampu dibawa ke tebing selepas 40 minit berlalu. Walaupun bantuan pernafasan diberi, lelaki itu gagal diselamatkan.

©Eriyza : Kereta kedua-duanya berjenama Toyota.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.