Jan 8, 2013

Lionel Messi Menang Lagi


Pemain bola sepak Barcelona, Lionel Andrés Messi sekali lagi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia. Kemenangannya pada tahun 2012 sekaligus membuktikan bahawa Messi berada dalam kelasnya yang tersendiri setelah mendominasi kategori itu untuk 4 tahun berturut-turut sejak 2009.


Pemain kelahiran Argentina yang baru berusia 25 tahun ini juga melakar sejarah baru apabila berjaya menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya. Jaringan gol Messi telah mengatasi rekod selama 40 tahun legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.


Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Senarai Pemenang

Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)

Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)

Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe

Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer

Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan

Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).

Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d’Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an.

Petikan Harian Metro


Walaupun penulis bukan penggemar sukan sepak bola, namun Lionel Messi antara pemain yang penulis akan pandang ketika dia beraksi di padang.

©Eriyza : Suka tengok senyuman Messi.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.