Feb 25, 2013

Bas Terbabas Rempuh Kedai Kasut


Sebuah bas persiaran yang mengalami masalah brek terbabas lalu menyeret enam buah kenderaan lain sebelum merempuh sebuah kedai kasut. Nahas itu berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan 6/9, Kampung Tasik Tambahan berhampiran susur keluar Jalan Ampang-Hulu Langat, semalam.

Bas itu dipercayai membawa 15 penumpang Indonesia dari Johor untuk bekerja di ibu negara. Pemandu bas yang berusia 38 tahun mendakwa bas dipandunya hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu melepasi persimpangan lampu isyarat sebelum menyeret enam buah kenderaan. Bas berkenaan berhenti selepas merempuh kedai kasut.


Seorang saksi, Normimi Shamsudin, 32, yang tinggal di tingkat tiga rumah kedai tersebut berkata, dia mengetahui mengetahui mengenai kejadian itu selepas berasa rumahnya bergegar dengan kuat.

"Apabila saya mengintai melalui tingkap saya nampak sebuah bas terperosok di pintu masuk sebuah kedai kasut," ceritanya semasa ditemui di tempat kejadian.

Dia yang tinggal di situ sejak tahun 2001 berkata, ekoran kejadian itu, ramai penduduk di kawasan itu cuba membantu penumpang bas tersebut namun ramai daripada mereka bertempiaran lari.

"Penduduk yang curiga dengan gelagat ramai penumpang bas itu lari terus menangkap pemandu bas dan menyerahkan lelaki itu kepada polis," kata wanita itu lagi.

Menurut Normimi, hanya beberapa penumpang bas yang tidak melarikan diri dan kebanyakan penumpang bas tersebut merupakan warga Indonesia.

Sementara itu, pengusaha kedai kasut itu pula, Tasha Zaharin, 35, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas menerima panggilan daripada salah seorang penduduk di situ.

"Bila sampai di tempat kejadian saya sangat terkejut kerana kedai saya rosak teruk," katanya sambil memberitahu ini merupakan kejadian pertama kedainya dirempuh kenderaan terbabas.

Cerita Tasha, kawasan itu memang kerap terjadi kemalangan tetapi ini merupakan kemalangan paling teruk berlaku melibatkan kenderaan berat.

"Setiap tahun pasti ada satu atau dua kemalangan di kawasan sama dengan bas terbabas itu. Saya yakin kejadian itu ada kaitan dengan jalan berbukit menyebabkan kenderaan mudah terbabas," katanya.

Berikutan itu, dia sebagai mewakili penduduk di sini merayu agar pihak bertanggungjawab membina tembok penghadang jalan bagi mengelak kejadian sama berulang dan mungkin meragut nyawa.

"Nasib baik kejadian ini berlaku pada sebelah pagi hari minggu, sekiranya berlaku pada hari persekolahan dikhuatiri ada nyawa yang terkorban," katanya.

Tasha yang menjual kasut-kasut terpakai pelbagai jenama menganggarkan kerugian yang dialaminya antara RM10,000 hingga RM15,000.

Petikan Kosmo!


Namun, tiada sesiapa yang cedera di dalam kejadian itu. Pintu kedai kasut dan rak-rak kasut di tingkat bawah rumah kedai itu pula musnah teruk akibat rempuhan kuat.

©Eriyza : Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam nahas tersebut.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.