Seorang bayi berusia 5 minggu, Denny Dolan, nyaris maut apabila diserang oleh seekor musang. Tangisan Denny menyebabkan ibunya, Hayley Cawley, 28, bergegas mendapatkannya. Ketika itu, musang berkenaan sedang menggonggong Denny dan cuba membawanya lari menerusi pintu hadapan. Hayley menendang musang berkenaan dengan kuat menyebabkan haiwan liar itu beredar.
Tindakan pantas Hayley berjaya menyelamatkan nyawa anaknya yang cedera di muka serta putus jari manis tangan kirinya. Namun, doktor berjaya menyambung semula jari Denny yang putus dan melakukan pembedahan selama 4 jam untuk merawat mukanya. Suami Hayley, Paul Dolan yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bromley, tenggara London itu enggan ditemubual oleh pihak media.
©Eriyza : Rindu pada teman lama yang bernama Hayley.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.