Feb 7, 2013

Naik Keretapi Sempena Hari Jadi


Hadiah hari lahir yang diingini oleh seorang kana-kanak sempena hari lahirnya yang ketiga ialah menaiki keretapi. Justeru, si ayah berusaha memenuhi impian anaknya pada hari istimewa itu. Keterujaan Madeline Dubois ketika menaiki keretapi buat kali pertama telah dirakamkan oleh ayahnya.


Video berkenaan dimuatnaik ke Youtube oleh Daniel Dubois pada Mac 2011 tetapi sejak Isnin lalu ia menjadi 'virus' di Internet setelah seseorang mengeposnya di Reddit. Dalam masa beberapa jam sahaja, video itu menerima 50,000 tontonan, dan meningkat kepada 858,998 ketika topik ini penulis tulis.


Madeline kini sudah berusia 5 tahun tetapi ekspresi wajahnya yang cukup seronok ketika menunggu keretapi tiba mencuit hati ramai penonton.

©Eriyza : Suka tengok aksi Madeline tutup mulut sambil menyebut "Oh My Goodness".

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.