Feb 24, 2013

Nyawa Melayang Kerana Pisang


Seorang lelaki berusia 37 tahun, Mohd. Khairul Azman Mohd. Shaufi, mati akibat dibelasah menggunakan kayu oleh sekumpulan lelaki di Kampung Rahmat Luar, Tanah Merah, malam kelmarin kerana disyaki mencuri pisang. Mangsa yang cedera parah di kepala setelah dibelasah pada pukul 8 malam telah meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

Rentetan kejadian itu, empat lelaki yang berumur antara 28 hingga 37 tahun telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah dilihat oleh seorang suspek sedang memikul seguni pisang di Kampung Jakar di sini yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Rahmat Luar.

“Suspek cuba menangkap si mati, berlaku pergelutan tetapi mangsa berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ.

“Selepas itu, suspek telah memaklumkan kepada bapa saudara dan dua lagi rakannya untuk mencari mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Aziz seterusnya berkata, empat lelaki itu kemudian terserempak dengan mangsa di Kampung Rahmat Luar dan memukulnya sehingga cedera parah.

Mohd. Khairul yang bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai isteri serta empat orang anak disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan mangsa didapati mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah.

Petikan Kosmo!


Tidak perlu menghukum sendiri pencuri yang anda temui, biar saja polis yang jalankan tugas mereka.

©Eriyza : Takziah kepada keluarga si mati. Al-Fatihah!

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.