Feb 18, 2013

Perut Ditusuk Ikan Todak


Ikan todak sinonim dengan cerita rakyat yang mahsyur zaman dahulu iaitu Singapura Dilanggar Todak sehingga ianya difilemkan. Namun, kali ini si todak tidak menyerang Temasik tetapi seorang nelayan menjadi mangsanya. Nelayan terbabit, Abu Bakar Bachik, 57, cedera di perut akibat tusukan si todak berkenaan.

Kejadian malang itu terjadi sewaktu dia menjaring ikan berhampiran sebuah resort di Batu 7 pada pukul 3 pagi Isnin lalu bersama rakannya, Rosli Abd Manap, 55.


“Mungkin ikan todak ini dendam dengan saya kerana bapa tiri saya pun orang panggil ‘Hashim Todak’ kerana zaman mudanya suka memburu ikan todak untuk dimakan setiap kali turun ke laut.”

Menurut Abu Bakar, ayah tirinya itu berhenti menjadi nelayan kira-kira 20 tahun lalu.

“Setahu saya, sepanjang ayah menjadi nelayan dan memburu ikan todak, tidak pernah dia diserang ikan ini,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan, dekat sini, semalam.

Katanya, dia memandu bot manakala Rosli duduk di tengah bot hampir dengannya.

“Tiba-tiba saya nampak kelibat ikan todak ‘terbang’ dan terus menusuk perut sebelah kiri dan hampir mengenai pusat. Saya rasa macam kena tumbuk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.

“Ikan todak lebih satu meter itu kemudian melompat ke laut. Saya ketika itu memakai dua lapis baju belum berasa sakit, sebelum darah mengalir membasahi baju dipakai.

Petikan Harian Metro


Pak Abu bernasib baik kerana nyawanya tidak terancam kerana dalam dongeng si todak, ramai yang mati akibat tusukan mulutnya yang tajam itu.

©Eriyza : Baru tahu ikan todak juga dijadikan lauk.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.