Sekurang-kurangnya 12 Orang Kena Tuduh (OKT) cedera ringan selepas trak polis yang mereka naiki terbalik di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah berhampiran susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada pukul 11.30 pagi. Trak itu dinaiki oleh 25 orang OKT sedang dalam perjalanan pulang dari Mahkamah Ampang ke Balai Polis Pandan Indah selepas mendapatkan perintah reman.
Semua OKT yang cedera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan. Walaubagaimanapun, tujuh anggota polis yang mengiringi mereka dan pemandu trak tidak mengalami sebarang kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Mohd. Nazri Zawawi berkata, kesemua 25 OKT tersebut baru selesai menerima arahan reman daripada Mahkamah Majistret Ampang atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes dadah dan curi.
"Ketika itu mereka dalam perjalanan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, namun pemandu trak tiba-tiba gagal mengawal kenderaan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan trak itu terbalik.
"Kesemua OKT bagaimanapun tidak membuat sebarang percubaan melarikan diri atau bertindak ganas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Petikan Kosmo!
Punca kemalangan berlaku kerana keadaan jalan licin dan berminyak. Mujurlah tiada OKT yang mengambil kesempatan untuk melarikan diri berikutan nahas jalanraya tersebut seperti yang berlaku di Pulau Pinang pada Januari lalu.
©Eriyza : Bukan semua OKT ganas.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.