Apr 21, 2013

Senarai Calon PRU-13 Terengganu


Proses penamaan calon untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU-13) berjalan lancar kelmarin. Setiap calon yang ingin mencuba nasib sebagai wakil rakyat telah pun menghantar borang dan senarai nama mereka telah diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid manakala Hanafiah Mat pula selaku calon Pas. Sebelum ini, DUN Cukai diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat yang disegani masyarakat iaitu Dato' Mohamed Awang Tera.


KEPUTUSAN PRU-12 : DUN CUKAI

Untuk Parlimen Kemaman pula, BN masih mempertaruhkan calon yang sama iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek manakala pencabarnya pula ialah Kamarudin Chik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada PRU-12, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah menewaskan Fariz Musa. Sempena PRU-13, calon PKR itu telah beralih Pekan untuk beradu undi dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


KEPUTUSAN PRU-12 : PARLIMEN KEMAMAN

©Eriyza : Semoga proses pengundian PRU-13 berjalan lancar. Doa dan harapan agar kekanda Khairul Faizi Ahmad Kamil berjaya menewaskan pencabarnya nanti.

Via : Kosmo! | MyUndi



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.