Apr 12, 2013

Wanita Seksi Uganda Akan Dipenjara


Uganda sedang berura-ura untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Anti-Pornografi 2011. Menerusi rang undang-undang baru itu, semua wanita tertakluk kepada larangan pemakaian mini skirt. Jika mereka gagal mematuhi peraturan itu, mereka bakal berdepan hukuman denda dan penjara.

Menteri Etika dan Integriti, Simon Lokodo memaklumkan bahawa sesiapa yang menjurus ke arah pornografi akan didenda 10 juta syiling Uganda (RM12,500) atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya. Tegasnya, pakaian menjolok mata
yang boleh merangsang nafsu akan diharamkan. Justeru, drama dan filem yang bakal ditayangkan juga akan menjalani pemeriksaan ketat sebelum diluluskan tayangan.

Selain itu, internet juga akan dipantau dengan ketat agar tiada pihak yang berjaya menembusi laman porno di negara tersebut. Penguatkuasaan rang undang-undang itu juga turut disokong oleh Timbalan Peguam Negara, Fred Ruhindi.

©Eriyza : Bukan Beyonce sahaja tidak boleh muncul di kaca tv Uganda, Rozita Che Wan juga tidak boleh berlakon di sana.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.