May 4, 2013

Mari Mengundi Di PRU-13



Kurang 24 jam lagi, seluruh rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Calon yang anda pangkah bakal menentukan hala tuju Malaysia selama sepenggal yang akan datang. Walaupun tiada siapa tahu kerajaan akan datang lebih baik atau lebih teruk dari sekarang, sekurang-kurangnya buatlah pilihan dengan matang.


Berikan mandat sebagai peneraju tanahair tercinta kepada calon yang benar-benar ingin membantu rakyat, bukannya orang yang hanya tahu memenuhkan poket sendiri atau mengamalkan politik kroni. Buat bakal Yang Berhormat, terimalah keputusan kalah menang dengan redha. Lain kali bertandinglah lagi.

Kepada semua pengundi yang akan membuang undi pada 5 Mei 2013 di kawasan masing-masing, selamat mengundi. Penulis hidangkan lagu klasik Mari Mengundi dendangan Datuk Zainal Alam dan lagu baru Jom Mengundi nyanyian Tomok, Black, Ayu & Shiha khusus buat kalian.

©Eriyza : Selamat mengundi kepada Bintang Malam. Pilih calon yang tampan... opsss... calon yang berkelayakan.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.