May 23, 2013

Syuhada Syria Berbau Kasturi



Presiden Syria, Bashar al-Assad yang terkenal dengan sikap zalim telah membunuh rakyatnya sendiri yang tidak suka dengan corak pemerintahannya. Maka, ramailah penduduk Syria yang gugur di medan perjuangan menegakkan Islam sebagai syuhada. Allah membalas kebaikan para hambanya yang syahid dengan memuliakannya di dunia sebelum diberi ganjaran lebih baik di akhirat kelak.

Kisah ini berlaku di kampung Tariq Sad, Balad, wilayah Dara'a, Syria. Dua orang pemuda iaitu Anas Musalimah dan Ayash Walid telah meninggal dunia akibat bedilan bom rejim tentera Russia. Oleh kerana keadaan ketika itu tidak selamat, mereka telah dikebumikan oleh penduduk kampung dalam sebuah liang lahad di halaman rumah sahaja.

Selepas keadaan kembali aman sedikit, penduduk kampung menggali kubur sementara itu untuk memindahkan kedua-dua syahid itu ke tanah perkuburan awam pada hari Khamis (20/12/2012). Orang kampung menggali kubur mereka dengan cangkul dan penyodok.

Wartawan yang turut membuat liputan turut kagum dengan kebesaran Allah apabila jenazah kedua-duanya masih berkeadaan elok tanpa sedikit pun cacat cela. Malah ketika jenazah ditarik naik ke atas, bau minyak wangi kasturi yang kuat telah dihidu oleh semua orang yang berada di kawasan itu.

©Eriyza : Setiap umat Islam mahu mati syahid.

Via : Arrahmah



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.